Ruj Kami : ( 61) HR SSO/EMS/REC/Iklan/4 22 September 2008
YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan
Warga Telekom Malaysia
Merujuk kepada perkara di atas adalah dimaklumkan bahawa TM mempelawa anak-anak, saudara mara dan sahabat handai anggota-anggota Kumpulan TM yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Bahagian Regional Network Operation, Sarawak seperti berikut:
1) Pembantu Pegawai Teknik (Kontrak)
Maklumat lanjut mengenai jawatan yang diiklankan di atas adalah seperti fail yang dilampirkan.
Semua permohonan bagi jawatan-jawatan ini hendaklah dibuat melalui TM Online Recruitment, laman web pengambilan anggota TM di
http://www.tmcareer.com.my Sebarang permohonan secara selain daripada yang tersebut tidak akan dipertimbangkan.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Oktober 2008. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak dihubungi atau menerima sebarang maklum balas dari kami dalam tempoh dua (2) bulan, adalah dianggap permohonan yang dikemukakan tidak berjaya.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi HR Helpdesk 1-800-88-9779 atau emelkan kepada mailto:hrhelpdesk@tm.com.my
Sekian. Salam hormat
"HAYATILAH KRISTAL KITA"
t.t.
HJ. ZAINUDDIN BIN ISHAK
Pengurus Besar
HR Shared Service Organization
IKLAN PENGAMBILAN ANGGOTA BUKAN EKSEKUTIF TELEKOM MALAYSIA BHD (TM)
Iklan ini adalah terbuka kepada calon luaran yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di TM.
Jawatan:
Pembantu Pegawai Teknik (Kontrak)
Kelayakan Pemohon:
• Mempunyai kelayakan Diploma dari Institusi Pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf oleh TM dalam bidang Telekomunikasi / Kejuruteraan / Elektrik / Elektronik / Computer Engineering / atau setaraf.
• Jawatan terbuka untuk lelaki sahaja
• Keutamaan akan diberi kepada calon-calon dari Sibu, Bintulu dan Miri.
• Fasih berbahasa Malaysia & Inggeris di dalam pertuturan dan penulisan.
• Umur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh iklan tutup.
• Kekosongan jawatan adalah di TM, Miri dan TM, Sibu.
Tarikh Tutup Permohonan:
• Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Oktober 2008.