HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Koleksi Lawak v1

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4  Next
AuthorMessage
zedi
A d m i n
A d m i n


Number of posts : 786
Age : 31
Location : bulan..
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Koleksi Lawak v1   Thu Jul 17, 2008 4:01 pm

FAKTA TENTANG KENTUT

Pooot, preet, prengg, ka-pisshh, creett dan pelbagai bunyi dapat didengar apabila seseorang itu kentut. Ianya kadangkala seronok didengar tetapi agak pening nak menghidunya. Walaubagaimanapun ianya dapat memberikan sensasi kenikmatan duniawi bagi para pengentut. Dikalangan lelaki ianya boleh dijadikan alat pengikat silaturrahim sesama spesis. Bagi lelaki kentut itu kelakar. Bagi perempuan tak tahulah.. Okaylah di sini disediakan beberapa soalan-soalan lazim mengenai kentut. Sesiapa yang nak baca silakan...

1)Dari mana datangnya gas kentut?
Gas ini datangnya dari beberapa punca: udara yang dihirup, udara yang meresap ke perut dari darah, gas yang terhasil dari reaksi kimia dalam perut dan gas yang dihasilkan oleh bakteria yang tinggal dalam perut.

2)Apakah yang membuatkan kentut busuk?
Bau kentut yang terdiri dari sejumlah campuran gas hidrogen sulfida dan mercaptan. Lebih banyak pengambilan diet yang terdiri daripada sulfur, lebih banyak sulfida dan mercaptans akan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan lebih busuk bau kentut. Contoh: telur rebus. Kekacang akan menghasilkan kentut kurang busuk tetapi dalam jumlah yang besar.

3)Kenapa kentut menghasilkan bunyi?
Bunyi terhasil disebabkan getaran di pembukaan dubur. Kekuatan bunyi bergantung kepada kelajuan pelepasan gas dan keketatan otot di dubur. Bunyi kentut bukan terjadi disebabkan penggeleparan (flapping) pepipi punggung. Ini adalah suatu kesilapan.

4)Kenapa kentut yang busuk selalunya lebih panas dan senyap daripada kentut biasa?
Kebanyakkan kentut ialah dari hirupan udara yang terdiri dari nitrogen dan karbon dioksida. Oksigen pula diserap sebelum mencapai pembukaan dubur. Gas ini tidak berbau walaupun melalui bahagian yang kotor didalam perjalanannya ke pembukaan dubur. Ianya keluar dalam bentuk seperti bebola (bubbles) yang besar dalam suhu tubuh. Seseorang boleh mencapai bunyi yang baik (pitching tak lari) dengan cara ini.

Suatu lagi ialah kentut yang dihasilkan oleh tindakan bakteria. Pembiakan dan proses penghadaman oleh bakteria menghasilkan haba dan pelbagai jenis gas tak enak. Bebola gas yang dihasilkan lebih kecil, panas dan mempunyai kandungan hasil proses tadi yang busuk yang lebih tinggi. Inilah yang dinamakan kentut yang nakal, panas, Silent-But-Deadly, jumlah yang terlalu kecil untuk menghasilkan bunyi tetapi mempunyai bau yang hebat.

5)Berapa kali seseorang itu kentut sehari?
Secara puratanya, seseorang boleh menghasilkan setengah liter gas kentut sehari yang dibahagikan kepada lebih kurang empat belas kentut sehari. Walaupun agak sukar untuk menyukat isipadu kentut yang dihasilkan, mengira bilangan kentut dalam sehari adalah lebih mudah.

6)Berapa lama tempoh yang diambil untuk kentut kita dihidu oleh orang lain?
Kentut tersebar bergantung kepada faktor atmosfera seperti kelembapan, suhu, kelajuan angin dan arahnya, berat molekul kentut itu dan jarak antara pengeluar dan penerima. Jika tidak dikesan dalam tempoh beberapa saat, ianya akan hilang ke persekitaran.
Namun ianya terkecuali jika perlepasan dilakukan dalam ruang yang kecil dan tertutup seperti di dalam lif, kereta atau bilik yang kecil. Tempat-tempat ini menghalang penyerapan ke persekitaran dan akan kekal berbau untuk tempoh yang agak lama sehingga diserap oleh dinding-dinding.

7)Kenapa ada sela masa 13-20 saat antara pelepasan dan pengesanan bau oleh hidung?
Sebenarnya kentut berbau semenjak ianya keluar lagi, tetapi mengambil masa beberapa ketika untuk dihidu oleh pengentut itu sendiri. Jika kentut boleh bergerak dengan kelajuan bunyi, maka kita boleh bau pada masa yang sama kita kentut.

Adakah benar sesetengah orang tak pernah kentut?
Tidak benar selagi mereka hidup. Manusia juga kentut sejurus selepas mati.

9)Adakah lelaki kentut lebih banyak dari perempuan?
Tidak, wanita kentut lebih kurang bilangannya dengan lelaki. Cuma lelaki lebih berbangga apabila kentut.Bilangan kentut antara individu mungkin berbeza tetapi ianya tiada kaitan dengan jantina. Jika seseorang wanita itu kurang kentut, maknanya dia lebih rajin menyimpan kentut dan melepaskan dengan isipadu gas yang lebih banyak per kentut.

10)Adakah kentut lelaki lebih teruk baunya dari kentut perempuan?
Kajian saintifik menunjukkan kandungan kentut perempuan mempunyai konsentrasi gas berbau yang lebih tinggi dari lelaki. Tetapi kentut lelaki mempunyai isipadu yang lebih besar. Ini akan menyamakan kedudukan lelaki dan perempuan yakni bilangan molekul bau yang sama bagi keduanya

11)Bilakah seorang lelaki itu boleh jadi dia kentut?
Seorang lelaki sejati akan kentut pertama kalinya diwaktu pagi di dalam bilik air. Jika ianya menghasilkan resonance (dengungan) yang baik, satu rumah akan dengar.

12)Mengapa kekacang membantu seseorang itu kentut?
Kekacang mengandungi gula yang tidak boleh dihadamkan iaitu raffinose, stachise dan verbacose. Apabila sampai diusus, bakteria akan berpesta makan dan menghasilkan gas yang banyak.Bahan lain ialah seperti jagung, kobis, susu, roti, telur, bir dan kismis. Manusia tidak mampu untuk menghadamkan susu kerana intolerance terhadap laktosa dan produk tenusu mampu menghasilkan kentut yang banyak.

13)Adakah betul kentut boleh menyalakan api?
Betul, tetapi banyak orang cedera dalam proses ini. Bukan sahaja api boleh menyambar kedalam punggung, malah pakaian sendiri juga boleh terbakar. Dalam suatu kajian dalam laman web Fartcloud, lebih kurang suku daripada bilangan orang yang cuba menyalakan kentut cedera terbakar. Ianya merupakan sesuatu perbuatan merbahaya. Jangan dicuba, anda tentu tak mahu, di hari kematian anda orang ketawa menyatakan anda mati kerana cuba untuk menyalakan kentut dengan api.


14)Adakah orang yang mencari rezeki dengan kentut?
Ada. Pernah tengok 'Just For Laugh' di saluran NTV7 tak lama dulu. Persembahan pentas dimana seorang lelaki menghasilkan lagu klasik dengan kentut.

15)Adalah kura-kura kentut?
Ya, semua binatang kentut. Kura-kura juga kentut dan bau kentut kura-kura sangat teruk. Begitu juga dengan ular. Ular Sonoran Coral dan Western Hook-Nosed kentut dengan bunyi popping yang kuat apabila diganggu. Kebanyakkan reptilia menggunakan kentut sebagai suatu senjata.


16)Haiwan apakah yang mempunyai pengeluaran kentut yang paling tinggi?
Percaya atau tidak, binatang yang mempunyai gelaran ini ialah anai-anai. Kerana diet pemakanan dan proses penghadaman dengan bantuan bakteria yang lebih banyak dari biasa, mereka menghasilkan metana sama banyak dengan yang dihasilkan oleh industri. Juga dipercayai anai-anai turut menyumbang kepada pemanasan global.

17)Bolehkan kita menelan asap dan mengeluarkan semula melalui kentut?
Tidak, asap terdiri daripada zarah yang terampai. Apabila melalui sistem penghadaman, zarah-zarah akan diserap oleh dinding perut atau larut dalam cairan.

18)Bolehkah kita meninggalkan kesan kuning atau coklat pada seluar setelah kita kentut?
Boleh! Ianya dipanggil "seni kentut" (fart art). Ia boleh dilakukan dengan cara apabila:
a) Pengentut menghidap cirit-birit
b) Pengentut cuba mengentut dengan sekuat hati (awas! - buasir)
c) Pengentut keliru dengan tekanan dalam perut samada ianya tekanan daripada gas atau cairan.

19)Bagaimanakah kita boleh tahu benda yang hendak keluar itu adalah gas, dan bukannya benda yang lebih hebat?
Sebenarnya kita boleh membezakannya kerana telah dilatih sejak kecil lagi. Sensasi yang ingin keluar dapat dibezakan dengan mudah.

20)Adakah dengan menghidu bau kentut orang lain, kentut kita akan menjadi lebih busuk?
Tidak, kentut yang dihidu akan ke paru-paru daripada sistem penghadaman, dan ianya akan dikeluarkan semula. Jika anda mahu, cubalah telan gas kentut orang lain.

21)Adakah kentut mampu membunuh?
Menurut pendapat perubatan, kentut tidak boleh membunuh. Tetapi menurut suatu sumber, dalam Perang Dunia ke-2, Tentera Udara US menganggarkan sebanyak 1000-2000 orang mati disebabkan kentut. Ini disebabkan pesawat pengebom B-17 tidak ditekanankan (pressurized), jadi apabila ianya beroperasi dalam 20000 kaki, gas akan mengembang dan memecahkan intestine mereka.

22)Apakah yang menyebabkan rasa pedih selepas kentut?
Makanan yang pedas dan berempah.

23)Bolehkah kita menyimpan gas kentut didalam balang/bekas plastik?
Ini memerlukan eksperimen dilakukan oleh anda sendiri. Sila kentut dalam balang. Selepas 24 jam sila cuba mendapatkan orang lain untuk menghidunya. Seeloknya ahli keluarga yang lebih tua. Kalau kena lempang tu adalah...

24)Jika kita berada di angkasa lepas tanpa sebarang pakaian, adakah dengan kentut kita boleh bergerak kehadapan?
Ya! kerana ketiadaan daya yang melawan atau daya geseran.

25)Adakah pelik bagi seseorang itu suka akan kentut?
Ianya sesuatu yang biasa bagi seseorang itu untuk suka kentut memandangkan semua orang kentut. Menyukai sesuatu adalah perkara yang sihat. Jika ianya memberikan masalah dan kemurungan, sila berjumpa dengan doktor.

26)Jika kita kentut dalam kolam, adakah airnya akan tercemar?
Selagi yang keluar adalah gas dan bukannya benda lain, ianya bersih. Ianya gas dan akan keluar dalam bentuk buih dan meresap kedalam udara.


Last edited by zedi on Wed Sep 10, 2008 11:22 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://www.chorenology.co.cc
zedi
A d m i n
A d m i n


Number of posts : 786
Age : 31
Location : bulan..
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Siapa lagi BODOH??   Fri Jul 18, 2008 1:16 pm

Saper lagi bodoh??

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Roslee Gala.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)."

Pak Roslee Gala: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan."
Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Osman Yahyah dan memberikan arahan...

Pak Roslee Gala: "Man, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."
Osman Yahyah : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Osman Yahyah pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Osman Yahyah. Tetapi si Osman Yahyah tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang di antara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Osman Yahyah ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"
Osman Yahyah : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Osman Yahyah: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku...
Hua.. ha.. ha.. ha....."
Back to top Go down
View user profile http://www.chorenology.co.cc
zedi
A d m i n
A d m i n


Number of posts : 786
Age : 31
Location : bulan..
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: cikgu Nasyor & Mat   Fri Jul 18, 2008 3:47 pm

PART I

Cikgu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Cikgu Nasyor akan menyuruh murid˛nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid˛ baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh basikal. Cikgu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya yang pada mulanya menggerakkan kakinya tiba˛ memberhentikan kakinya. Lalu Cikgu Nasyor menyergah muridnya yang bernama Mat.

"Woiiii Mat, apa sebab kau berhenti ni hah"

"Oh Cikgu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Cikgu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak."


PART II

Waktu sekolah telah tamat. Sebelum keluar kelas, Cikgu Nasyor telah bertanya kpd murid˛nya.

Cikgu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Mat lalu Cikgu Nasyor pun bertanya,
Cikgu : Mat, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Mat : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah..jangan pergi mana-mana.


PART III

Cikgu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Cikgu : Mat, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Mat : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek di dapur.
Cikgu : Mana tepungnya??
Man : Tepung kan ke dalam kek tu.... Cikgu nie tak sekolah ke hape??


PART V

Cikgu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, cikgu
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, cikgu.
Cikgu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Mat pula. Apakah tugas daun pisang?
Mat :untuk membungkus nasi lemak, cikgu...
Cikgu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..
Back to top Go down
View user profile http://www.chorenology.co.cc
tricubix
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 790
Age : 31
Location : Over The Neptune!!
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Kejadian Di Highway Utara & Selatan   Fri Jul 18, 2008 5:20 pm

KEJADIAN DI HIGHWAY UTARA SELATAN (HENTIAN REHAT & RAWAT)


Seorang salesman berhenti rehat semasa waktu Maghrib.
Dia berjalan ke tandas,tetapi merasakan ada sesuatu mengekori beliau.
Dia terus menoleh tapi tiada apa dibelakangnya.
Dia meneruskan perjalanan ke tandas,

sesampai dipintu dia merasakan nya lagi.
Ketika itu angin bertiup kuat dan bau busuk menusuk ke hidung.

Dia menoleh kebelakang, terus terkaku kerana dibelakang beliau ada lembaga
dari pusat ke bawah berupa manusia dan dari
pusat keatas pula berupa kambing jantan warna hitam.

Darah mencucur dari lehernya, mulut terbuka juga mengeluarkan darah bercampur nanah.

Lembaga itu terus merapatinya dgn gigi terseringai membuka mulut dan terus berkata....



Dimana dia, anak kambing saya ....?

anak kambing saya, tengah membaca thread kopitiam 3 suku e-kereta....(ulang)

Korus:

Chan Mali Chan..
oh ohhhh...(backing)

Chan mali Chan ...
oh ohhhhh ..(backing)

Chan mali Chan ...
ketipang payong


Ulang Semua Rangkap (Hehehe) lol!
Back to top Go down
View user profile
tricubix
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 790
Age : 31
Location : Over The Neptune!!
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Sayang anak   Fri Jul 18, 2008 5:25 pm

ni cerita di pagi raya............

pada suatu pagi raya, si ayah pergi mempelawa anaknya untuk naik makan nasi kerabu....

tiba2,sianak ternampak seekor binatang yang sungguh pelik...

anak: ayah, ni siput apa?

ayah: siput babi nak.

anak: siput apa?

ayah: siput babi.

anak: siput apa?

ayah: siput baaaabi namanya.

anak: siput apa?

ayah: siput babi sayang.

anak: siput apa?

ayah: siput la...babi.

selepas itu anaknya terus tidak tanya2 sampailah ke akhir hayat beliau hehehehe...
Back to top Go down
View user profile
zedi
A d m i n
A d m i n


Number of posts : 786
Age : 31
Location : bulan..
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Fri Jul 18, 2008 5:30 pm

gangter tu bapak die... affraid
Back to top Go down
View user profile http://www.chorenology.co.cc
e_z
s a r j a n
s a r j a n


Number of posts : 524
Age : 31
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

PostSubject: Abang vs Ayang   Sun Jul 20, 2008 12:37 am

abang Vs ayang.....
saper yang salah agak2nye
memula skali ayang anto kat abang


Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
I love you ayang

ni abang lak bagi....

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha
Back to top Go down
View user profile
zedi
A d m i n
A d m i n


Number of posts : 786
Age : 31
Location : bulan..
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Ayam & lembu   Mon Jul 21, 2008 4:36 pm

diolog ayam vs lembu... scratch

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernahpanggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
Back to top Go down
View user profile http://www.chorenology.co.cc
zedi
A d m i n
A d m i n


Number of posts : 786
Age : 31
Location : bulan..
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Hang Ingat..hang aja ada nenek??   Mon Jul 21, 2008 5:23 pm

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket... ) Jalan la dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi rendang.

Topi untuk jualan dia... dia letak la sebelah sambil mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat bawah pokok tu..tiba-tiba dia terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'.

Terbangun la dia..dia tengok keliling, tergejut beruk la dia ... 'aik!! mana pi topi aku semua?'.

Wahhh..cam na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh... sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut la dia ke atas... Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu.. Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat-dekat nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!! dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu pun ikut lompat semua.. Jeng... jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah. So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat la balik semua topi-topi diaa... Pas waktu dia dah balik kekampung, dia pun cerita la 'ketereran' dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu. Diceritakan la pulak kat cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai. jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu. Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi-topi untuk dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu.....hmmhhh. monyet-monyet tu dah ambik topi dia.

Dia pun buat la macam-macam untuk menakutkan monyet- monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak. Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la, dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat, monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi
kat atas kepala dia..dia lempaq la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk !!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan berbisik, "hang ingat, hang aja ada nenekkkkk... ?" Basketball scratch affraid
Back to top Go down
View user profile http://www.chorenology.co.cc
tricubix
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 790
Age : 31
Location : Over The Neptune!!
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Tue Jul 22, 2008 8:38 am

wpun aku tak brapa faham..
tapi aku nak gelak jugak..bahahahahahaha lol!
Back to top Go down
View user profile
bdkwangi
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 323
Age : 31
Location : Malaysia
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: MEMO KEPADA SEMUA STAFF   Fri Jul 25, 2008 5:25 pm

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit.
Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama
15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini
kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti
harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

yang mengikut perintah....bdkwangi cheers
Back to top Go down
View user profile
tricubix
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 790
Age : 31
Location : Over The Neptune!!
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Sengalll betul la pakcik nihh   Thu Jul 31, 2008 11:11 pm

Sengal betul pakcik nii .........


>>>> Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.
>>>>
>>>> Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa
soalan tak?
>>>> Pakcik : Boleh aje...
>>>> Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
>>>> Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
>>>> Pemuda : Yang putih.
>>>> Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap
hari.
>>>> Pemuda : Yang hitam?
>>>> Pakcik : Yang hitam pun sama...
>>>> Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
>>>> Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
>>>> Pemuda : Yang putih?
>>>> Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap
hari.
>>>> Pemuda : Dan yang hitam?
>>>> Pakcik : Yang hitam pun sama...
>>>> Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
>>>> Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
>>>> Pemuda : Yang putih?
>>>> Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap
tahun.
>>>> Pemuda : Dan yang hitam?
>>>> Pakcik : Yang hitam pun sama...
>>>> Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg
hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
>>>> Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punya.
>>>> Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punya?
>>>> Pakcik : Yang hitam pun sama....

_________________
+Someday..I will be like them..!!+
Back to top Go down
View user profile
tricubix
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 790
Age : 31
Location : Over The Neptune!!
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Baca dalam satu nafas..hehehe   Fri Aug 01, 2008 10:20 pm

Saya mempunyai 2 ekor kucing,seekor bernama "MUKA" dan seekor lagi bernama "BONTOT".saya memberi kan seekor kucing kepada awak iaitu "MUKA"setelah 3 tahun berlalu,kita berdua bertemu secara tidak sengaja....lalu saya berkata kepada awak "apa khabar MUKA",lalu awak berkata MUKA dah mati kena langgar motor.lalu saya berkata.."kesian betul MUKA awak...kalau MUKA masih hidup lagi tentu MUKA awak mcm BONTOT saya sekarang kan??.....hehe.....

_________________
+Someday..I will be like them..!!+
Back to top Go down
View user profile
bdkwangi
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 323
Age : 31
Location : Malaysia
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Magic gak encik nii   Mon Aug 04, 2008 4:43 pm

Ada sorang lelaki bernama Ali, baru buka perniagaan khidmat nasihat. Officenya amat canggih, sederet dengan beberapa ofis yang lain. Ali seorang pakar perunding perniagaan, baru tamat belajar diluar negara, jadi nak mencuba nasib dalam bidang pernigaan, tekad tak mahu kerja ngan orang lain. Ofis dia masih baru, baru renovate la katakan.


Selepas sebulan ofis dibuka, perniagaan Ali masih belum bergerak, sampai sekarang satu bisnes pun tak dapat lagi. Sampai sekarang sorang pun belum pernah singgah kat ofis/kedai dia tu. Ali pening, signboard kat luar ofis dia tu mahal tuuuuu, beribu ringgit. Lobi sambut tetamu canggih tu, cuma belum ada pekerja lagi, Ali sorang2 je handle.

Pada satu hari, ada lelaki masuk kedai dia, apa lagi Ali pun berasa bangga giler, 1st customer la katakan, Ali cepat2 duduk kat meja dia, ambil phone telekom atas meja dia tu, berlakon olok olok bercakap dengan seseorang, saje je nak tunjuk perniagaan dia memang bagus giler, perniagaan ribu2 ringgit. Sambil menyuruh lelaki tu duduk depan dia, dan suruh tunggu kejap kerana dia masih cakap kat phone tu (padahal belakon aje), ini perbualan Ali ditalipon.

"Ye Dato', ooo pasal project tu dato', saya akan uruskan dato', ala dato' bayar kat saya beratus ribu, takkan saya main2 buat kerja ni dato', lagi pun sudah terlalu banyak perniagaan yang menjadi bukti kejayaan kami, itu dah cukup mengambarkan keberkesanan perkhidmatan kami……ok dato'…baik dato'… Oklah dato'…nanti kita jumpa kat hotel hilton malam ni….ok dato'….bye"

Ali pun meletakkan talipon. Dan mula bersembang dengan lelaki yang duduk terkebil-kebil di depannya tadi, menunggu Ali.

"Ya encik, terima kasih kerana memerlukan khidmat nasihat perniagaan kami, maaf kerana menunggu tadi, maklumlah perniagaan kami terlalu pesat berkembang, tak menang tangan, banyak sangat permintaan. Ya, ada apa yang kami boleh bantu dalam perniagaan encik" tanya Ali.

Lelaki tu menjawab " Saya technician telekom, nak sambungkan line telepon tu, magic gak encik ni, macamana boleh guna phone kalau tak de line
Back to top Go down
View user profile
zedi
A d m i n
A d m i n


Number of posts : 786
Age : 31
Location : bulan..
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Mon Aug 04, 2008 5:12 pm

mmg gempak beb encik ali ni...

moral: jgn poyo2 sngt...bak kate karam singh walia.."air yg tenang jgn disangkakan tiada sampah"
Back to top Go down
View user profile http://www.chorenology.co.cc
tricubix
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 790
Age : 31
Location : Over The Neptune!!
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Tue Aug 05, 2008 8:56 pm

wooo..baru aku tau ada pepatah camtuu..hmm..

_________________
+Someday..I will be like them..!!+
Back to top Go down
View user profile
ida'sh
k o p e r a l
k o p e r a l


Number of posts : 464
Age : 30
Location : kuantan ,pahang
Registration date : 2008-07-22

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Fri Aug 08, 2008 4:32 pm

pepatah mane 2 ye...br nie aku dgr...
Back to top Go down
View user profile
zedi
A d m i n
A d m i n


Number of posts : 786
Age : 31
Location : bulan..
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Fri Aug 08, 2008 4:34 pm

tricubix wrote:
wooo..baru aku tau ada pepatah camtuu..hmm..

ida'sh wrote:
pepatah mane 2 ye...br nie aku dgr...

ni pepatah baru le...kat "kamus pepatah"..cube le korang carik & beli..mesti ade.. Basketball
Back to top Go down
View user profile http://www.chorenology.co.cc
ida'sh
k o p e r a l
k o p e r a l


Number of posts : 464
Age : 30
Location : kuantan ,pahang
Registration date : 2008-07-22

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Fri Aug 08, 2008 4:35 pm

tempat keje ko nye memo ke nia ajis?....patut la ko asyik pening je...ha3
Back to top Go down
View user profile
ida'sh
k o p e r a l
k o p e r a l


Number of posts : 464
Age : 30
Location : kuantan ,pahang
Registration date : 2008-07-22

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Fri Aug 08, 2008 4:36 pm

ko orderkn la...dh puas aku cr kt kuantan....x jmp2 pn...ha3 Very Happy
Back to top Go down
View user profile
bdkwangi
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 323
Age : 31
Location : Malaysia
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Tue Aug 12, 2008 10:09 am

hahahhahaha.....
Back to top Go down
View user profile
bdkwangi
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 323
Age : 31
Location : Malaysia
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: How to ask your Boss for a salary increase..?   Tue Aug 12, 2008 10:13 am

How to ask your Boss for a salary increase..?


One day an employee sends a letter to Her boss asking for an increase in her salary!!!


Dear Bo $$


In thi $ life, we all need $ ome thing mo $ t de $ perately. I think you $ hould be under $ tanding of the need $ of u $ worker $ who have given $ o much $ upport including $ weat and $ ervice to your company .

I am $ ure you will gue $$ what I mean and re $ pond $ oon .

Your $ $ incerely,

--------------------------------------------------------------------------------

The next day, the employee recieved this letter of reply


Dear Marian

I k NO w you have been working very hard. NO wadays, NO thing much has changed. You must have NO ticed that our company is NO thing much has changed. You must have NO ticed that our company is NO t doing NO ticeably well as yet .

NO w the newspaper are saying the world`s leading eco NO mists are NO t sure if the United States may go into a NO ther recession. After the NO vember presidential elections things may turn bad .

I have NO thing more to add NO w. You k NO w what I mean .




Yours truly,
Manager
Back to top Go down
View user profile
Carlos Abento
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 608
Age : 31
Location : bDr. Br. B@nGi
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Tue Aug 12, 2008 10:59 am

cam sial

hahahahaa....
Back to top Go down
View user profile
tricubix
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 790
Age : 31
Location : Over The Neptune!!
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Tue Aug 12, 2008 10:37 pm

hehehe...
tap karam walia singh.. (eh..betul ke ejaanye Question )
mmg suke putar itu pepatahnye laaaa

_________________
+Someday..I will be like them..!!+
Back to top Go down
View user profile
e_z
s a r j a n
s a r j a n


Number of posts : 524
Age : 31
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Wed Aug 13, 2008 1:26 am

kalo seme org mcm encik Ali ni senang keje aku Laughing
duk lepak opis je la....
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Koleksi Lawak v1   Today at 5:34 pm

Back to top Go down
 
Koleksi Lawak v1
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 4Go to page : 1, 2, 3, 4  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ex-CIAST :: Umum :: Jokes-
Jump to: