HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 Sambutan Jubli Perak CIAST

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
zedi
A d m i n
A d m i n


Number of posts : 786
Age : 31
Location : bulan..
Registration date : 2008-07-17

PostSubject: Sambutan Jubli Perak CIAST   Wed Aug 20, 2008 10:22 am

ACARA SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK CIAST


Sempena 25 tahun penubuhan CIAST, satu majlis sambutan Jubli Perak akan diadakan pada 20 hingga 22 Ogos 2008. Berbagai-bagai acara telah diaturkan sempena sambutan ini seperti persidangan CEO pusat bertauliah, pelancaran Pelan Operasi Induk Latihan, hari alumni, konvokesyen, gerai jualan, pertandingan memasak dan sebagainya. Semua dijemput hadir.

Upacara perasmian sambutan Jubli Perak CIAST
Upacara perasmian sambutan Jubli Perak CIAST akan diadakan pada 20hb Ogos 2008 jam 9.30 pagi bertempat di Auditorium CIAST. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Sumber Manusia Malaysia. Semua pengajar, kakitangan dan pelatih (NITP, VTO, DLPV) di wajibkan berada diperkarangan lobi CIAST pada masa dan tarikh seperti berikut:

Tarikh:20hb Ogos 2008
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Hadapan Blok Pentadbiran CIAST
Pakaian : Rasmi (pelatih: lengkap dengan jaket)

Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Bertauliah
Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD) akan mengadakan seminar untuk Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Bertauliah sempena sambutan Jubli Perak. Maklumat persidangan tersebut seperti di bawah:

Tarikh: 20 Ogos 2008 (Rabu)
Masa : 8.00pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Auditorium CIAST

aturcara Persidangan CEO Pusat Bertauliah

Majlis Konvokesyen CIAST tahun 2008
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan perhargaan di atas kejayaan para pelajar dan CIAST ingin menjemput para pelajar untuk menghadiri Majlis Konvokesyen CIAST tahun 2008 yang akan diadakan seperti maklumat di bawah:

Tarikh : 21 Ogos 2008 (Khamis)
Masa pendaftaran : Sidang I - 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, Sidang II- 12.30 tgh hingga 1.30 petang
Tempat : Auditorium CIAST Shah Alam

Pelancaran Alumni CIAST Shah Alam (A.C.S.A)
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) menerusi JKK Pelancaran Alumni CIAST Shah Alam (A.C.S.A) menjemput semua Ahli A.C.S.A khususnya kepada yang telah mengesahkan kehadiran untuk hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Alumni CIAST Shah Alam (A.C.S.A) yang dijadualkan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 22hb Ogos 2008 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat :Auditorium CIAST
Aturcara rasmi Alumni CIAST
Back to top Go down
View user profile http://www.chorenology.co.cc
 
Sambutan Jubli Perak CIAST
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ex-CIAST :: Umum :: Ciast info-
Jump to: