ex-CIAST
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH

Go down 
2 posters
AuthorMessage
shahril
p r e b e t
p r e b e t



Number of posts : 222
Age : 40
Location : mersing
Registration date : 2008-09-15

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH Empty
PostSubject: KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH   KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH EmptyThu Nov 20, 2008 3:09 pm

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.javascript:emoticonp('Evil or Very Mad')
Back to top Go down
tricubix
M a r s h a l
M a r s h a l
tricubix


Number of posts : 790
Age : 38
Location : Over The Neptune!!
Registration date : 2008-07-18

KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH Empty
PostSubject: Re: KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH   KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH EmptySun Nov 23, 2008 2:44 pm

hmm...bagus note nih...dapat apa2 info..taruh lagi bro..

thanx for the good info
Back to top Go down
 
KISAH NAFSU YANG DEGIL PADA PERINTAH ALLAH
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» AWAS PADA PRASANGKA...
» Koleksi Lawak v1
» LELAKI YANG HENSEM
» ANDAI INI YANG TERAKHIR
» Khas buat mereka yang nak kawin...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ex-CIAST :: Umum :: Tazkirah-
Jump to: