HomeFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in

Share | 
 

 mohh berkahwin

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
jawi
p r e b e t
p r e b e t


Number of posts : 201
Age : 34
Location : penang
Registration date : 2009-02-20

PostSubject: mohh berkahwin   Thu Feb 26, 2009 1:40 pm

jgn ambil hati sekadar berkongsi saja......maaf kalau terasa pada yang terlibat secara sengaja atau tidak
Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini
terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang
perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa
mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja
mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya
tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin
disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat
memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier
kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah
andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak
mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada
jodoh. Kalau sudah tidak ada
jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan
demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi
menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di
dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam.
Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang
menggalakkan perkahwinan
tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya
memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada
wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang
memerlukan positif dan
negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup
membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian
pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para
pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama
dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat.

Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak
berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih
banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum
wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah
amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah:

“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima
waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka
masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai
kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia
bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak
akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami
mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun
bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan
diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia
menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga
malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang
hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk
keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian
suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi
ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat
tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih
hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti
pahala syahid. Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi
wanita yang menolak perkahwinan. Malah di dunia akan selalu berada di dalam
fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang
sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki
tersebut telah berkahwin. Sabda Rasulullah saw:

“Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah
dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan. Para sahabat bertanya,
“Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia
(diulang sebanyak tiga kali).”

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu
bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti
kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri
dan ibu sudah memperolehi banyak pahala. Kalau suami redha dengan perlakuan
seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat
ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia
telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada di
bawah naungan suami.
Back to top Go down
View user profile http://www.gengpisang.forumotion.com
ida'sh
k o p e r a l
k o p e r a l


Number of posts : 464
Age : 30
Location : kuantan ,pahang
Registration date : 2008-07-22

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Thu Feb 26, 2009 2:34 pm

alhamdulillah....nsb baik aku terbuka ati nk kawin...tp...selagi blm ade lafaz ijab dan qabul...selagi 2 aku x blh tenang.....mg2 ALLAH perkenankan niat ku ini...aminnnnnnnn
Back to top Go down
View user profile
jawi
p r e b e t
p r e b e t


Number of posts : 201
Age : 34
Location : penang
Registration date : 2009-02-20

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Thu Feb 26, 2009 2:40 pm

ameennnnnnn
Back to top Go down
View user profile http://www.gengpisang.forumotion.com
ida'sh
k o p e r a l
k o p e r a l


Number of posts : 464
Age : 30
Location : kuantan ,pahang
Registration date : 2008-07-22

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Thu Feb 26, 2009 2:41 pm

tenkiu cz sudi aminkan.......................
Back to top Go down
View user profile
jawi
p r e b e t
p r e b e t


Number of posts : 201
Age : 34
Location : penang
Registration date : 2009-02-20

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Thu Feb 26, 2009 2:48 pm

ya la ..bkn org lain
kwn2 suma nih
Back to top Go down
View user profile http://www.gengpisang.forumotion.com
ida'sh
k o p e r a l
k o p e r a l


Number of posts : 464
Age : 30
Location : kuantan ,pahang
Registration date : 2008-07-22

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Thu Feb 26, 2009 2:53 pm

hihi...tenkiu kwn.........hihihiiiiiiiii
Back to top Go down
View user profile
Carlos Abento
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 608
Age : 31
Location : bDr. Br. B@nGi
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Wed Mar 11, 2009 1:18 am

hmm..informasi yang sgt berguna...
thanks jawi..
Back to top Go down
View user profile
jawi
p r e b e t
p r e b e t


Number of posts : 201
Age : 34
Location : penang
Registration date : 2009-02-20

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Tue Mar 24, 2009 1:57 am

sama2.dah tau bguna,apa lgi
grabbbbbbbbb ja la
Back to top Go down
View user profile http://www.gengpisang.forumotion.com
Carlos Abento
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 608
Age : 31
Location : bDr. Br. B@nGi
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Tue Mar 24, 2009 12:02 pm

blom sampai seru kot..hahahahaha..
Back to top Go down
View user profile
DINOSourus
p r e b e t
p r e b e t


Number of posts : 139
Age : 31
Location : jaybey
Registration date : 2008-12-17

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Tue Mar 24, 2009 1:44 pm

kalo tunggu seru usaha xda... sshla...
xkan nak tgu datang bergolek man...
Back to top Go down
View user profile http://profiles.friendster.com/72999367
Carlos Abento
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 608
Age : 31
Location : bDr. Br. B@nGi
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Wed Mar 25, 2009 1:24 am

nak cari bleh...tp bukan sekarang..heheheh..
Back to top Go down
View user profile
jawi
p r e b e t
p r e b e t


Number of posts : 201
Age : 34
Location : penang
Registration date : 2009-02-20

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Thu Mar 26, 2009 5:27 am

man.normal ka tak u ni?
Back to top Go down
View user profile http://www.gengpisang.forumotion.com
Carlos Abento
M a r s h a l
M a r s h a l


Number of posts : 608
Age : 31
Location : bDr. Br. B@nGi
Registration date : 2008-07-18

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Thu Mar 26, 2009 10:22 am

normal la..awat???
xde calon x normal ke???
cari la jugak tp slow on mode la..
hehehhee...
Back to top Go down
View user profile
jawi
p r e b e t
p r e b e t


Number of posts : 201
Age : 34
Location : penang
Registration date : 2009-02-20

PostSubject: Re: mohh berkahwin   Thu Mar 26, 2009 10:34 pm

haha..emosi nampak
Back to top Go down
View user profile http://www.gengpisang.forumotion.com
Sponsored content




PostSubject: Re: mohh berkahwin   Today at 5:36 pm

Back to top Go down
 
mohh berkahwin
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ex-CIAST :: Umum :: Tazkirah-
Jump to: