Ga - Genggam (Grip) Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.
Alif - Angkat (Lift) Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.
Ya - Yakin (Confident) Yakin kepada kebolehan diri sendiri
Wau - Waras (Wise) Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.
Nga - Ngeri (Vicious) Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.
WARNA RASMI SILAT SENI GAYONG
OFFICIAL COLORS OF SILAT SENI GAYONG Putih / WhiteKesucian - Silat Seni Gayong adalah bebas daripada sebarang unsur yang membawa kepada keburukan dan kehancuran.
Purity - Silat Seni Gayong is free from any substance that could lead to devastation.
Merah / Red Berani/Kepahlawanan - Setiap ahli dipupuk semangat berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Ahli Gayong juga bersemangatkan darah kepahlawanan.
Brave/Warrior - Each member is taught with courage to be brave in upholding the truth and deny sinful.
Kuning / Yellow Beraja/Berdaulat - Silat Seni Gayong adalah seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu.
Royal/Sovereign - Silat Seni Gayong is the Malay heritage War Arts of Self Defense.
Hitam / Black Bayang-bayang/Rahsia - Merupakan sosiostatus manusia yang tidak membezakan ahli-ahli silat dari segi warna kulit dan darjat. Hitam juga membawa konotasi iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsianya.
Shadow/Secret - Human sosiostatus that doesn't discriminate any silat members by skin colors or status. Black is also as a connotation that Silat Seni Gayong has many sorts of secrets to be learned.