ex-CIAST
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 kerja kosong kat uitm shah alam

Go down 
AuthorMessage
rembo
n e w b i e
n e w b i e
rembo


Number of posts : 78
Age : 38
Location : aloqstuck
Registration date : 2009-01-21

kerja kosong kat uitm shah alam Empty
PostSubject: kerja kosong kat uitm shah alam   kerja kosong kat uitm shah alam EmptyTue Feb 17, 2009 1:05 pm

kepada sesiape yg nak lepak shah alam balik...
aku cadangkan korang semua apply kerja kat uitm.....
korang layari http: http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/
banyak gile kerja kosong kat c2....
tarikh tutup pemohonan 2 mac 2009

semoga berjaya cheers

ini iklan uitm


Syarat-syarat Am Permohonan Jawatan Kosong UiTM

1) Syarat Permohonan

Bagi jawatan pentadbiran permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Bumiputera sahaja.
2) Had Umur (Pada tarikh iklan ditutup)

Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
Had umur calon yang memohon bagi kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL), adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
3) Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan :

Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
4) Syarat Kelayakan Terperinci dan Proses Permohonan Mengikut Jawatan Adalah Seperti Berikut:-

SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE . Bagaimanapun permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlulah mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan secara pos mengikut Perintah Am Bab 'A' 21.
5) Cara Memohon

Untuk Bukan Staf UiTM

Permohonan hendaklah dibuat dengan melayari laman web http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dan membuat permohonan melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
Untuk Staf UiTM sahaja

Permohonan dari Staf UiTM berstatus tetap/kontrak/sementara di mana perlantikan dibuat melalui Bahagian Pengurusan Perjawatan UiTM, hendaklah dibuat melalui sistem aplikasi atas talian (“ON-LINE”) melalui Portal I-Staf -> eProses & Sistem Sokongan -> ePengambilan Staf
6) Tarikh Tutup Iklan : 02/03/2009

7) Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga .

Hanya calon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya .
Cool Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh dikemukakan di sini.

Bahagian Pengurusan Perjawatan
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
NO.TEL: (03) 5544 3089/3090/3092/3093
NO.TEL: (03) 5521 1613
Email: perjawatan@salam.uitm.edu.my










Copyright 2007 @ Bahagian STARS UiTM Shah Alam
Back to top Go down
http://friendster.com/93491489
 
kerja kosong kat uitm shah alam
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kerja Kosong Tutor JPK
» kerja kosong menteri belia dan sukan
» kerja kosong dekat perbadanan putrajaya
» IKLAN>>Peluang kerja ngan TM
» keja kosong

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ex-CIAST :: IKLAN & JUAL BELI :: Iklan-
Jump to: