ex-CIAST
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari

Go down 
3 posters
AuthorMessage
e_z
s a r j a n
s a r j a n
e_z


Number of posts : 524
Age : 38
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari Empty
PostSubject: Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari   Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari EmptyThu Oct 30, 2008 10:07 am

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing.

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ʽkegebuanʼ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.


2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ʽgebuʼ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ʽkain koyakʼ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ʽkegebuanʼ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!! !

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ʽmerendekʼ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.


Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.
HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH.....

PANDAI-PANDAI LAH NANTI MENJAWAB DAN BERDALIH DIHADAPAN ALLAH....Tak takut ker???

Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah. Tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif.

Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat...Lelaki mengganggu.. Lelaki sexual harashment.....Sape suruh buat-buat suara manja?? Sape suruh ??? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai??? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel.... Sape yang cakap tu?? :#)

wallahua'lam
"
Back to top Go down
farhie_85
n e w b i e
n e w b i e
farhie_85


Number of posts : 37
Age : 38
Location : kedah
Registration date : 2008-12-03

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari Empty
PostSubject: Re: Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari   Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari EmptySun Mar 08, 2009 4:01 pm

aduhhhh. takutnyerrrrrrrr
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/farahnakal
Carlos Abento
M a r s h a l
M a r s h a l
Carlos Abento


Number of posts : 608
Age : 39
Location : bDr. Br. B@nGi
Registration date : 2008-07-18

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari Empty
PostSubject: Re: Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari   Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari EmptyWed Mar 11, 2009 1:07 am

aku sokong 100%
Back to top Go down
Sponsored content





Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari Empty
PostSubject: Re: Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari   Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari Empty

Back to top Go down
 
Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita
» wahai kaum Adam....(insan yg bergelar lelaki...)
» WANITA SOLEHAH
» BERSYUKUR DIJADIKAN WANITA
» Perutusan Raja Sehari ( ida computer + daus welding )

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ex-CIAST :: Umum :: Tazkirah-
Jump to: