ex-CIAST
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.



 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in

 

 GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)

Go down 
3 posters
AuthorMessage
e_z
s a r j a n
s a r j a n
e_z


Number of posts : 524
Age : 38
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyTue Sep 02, 2008 12:12 pm

GEMA RAMADHAN ( SIRI 1/2008)

Hari ini adalah merupakan hari kedua kita berada dibulan Ramadhan Al-Mubarak 1429H. Bermakna berpeluang lagi kita sebagai seorang Muslim melaksanakan satu lagi rukun Islam iaitu melaksanakan Ibadah berpuasa pada siangnya, dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai ibadah wajib dan sunat. Ramadhan adalah merupakan bulan rahmat dan pengampunan, dan bulan yang diberkati oleh Allah SWT. Dimana berjuta ganjaran pahala disediakan bagi sesiapa sahaja yang melakukan ibadat puasa dengan mengharapkan keredzoaan Allah semata mata. Lantaran itu kedatangan dan pemergiannya ditangisi oleh sebilangan ahli-ahli ibadat. Mereka menangis kerana diberi peluang lagi untuk bertemu dengan Lailatul Qadar, manakala pemergiannya diratapi kerana mereka takut tidak akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang maha suci ini.

Di bulan ini juga kelihatan para jemaah masjid dan surau merimpah ruah kerana menunaikan perintah sembahyang berjemaah, berterawikh dan bertadarus Al-Quran. Peluang dan kekuatan yang diberikan bagi mengerjakan sembahyang berjemaah pada bulan ini patut didoakan semuga ianya kekal sehingga akhir hayat. Dengan bertikad sedemikian baharulah Ramadhan Al-Mubarak ini mampu merubah akhlak dan kebersihan jiwa ketahap yang lebih cemerlang dunia dan akhirat.

Oleh itu Muslimin Muslimat yang dikasihi sekalian, disarankan supaya meningkatkan lagi tahap dispilin ibadat puasa ini, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi perlu berpuasa mata dari melihat yang haram, berpuasa telinga dari mendengar yang jelik, berpuasa lidah dari berkata dusta dan memaki hamun, berpuasa hati dan perasaan agar tidak mengikut telunjuk nafsu dan syaitan yang merosakkan ibadah puasa tuan puan sekelian. Menepati sabda junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud : Tiada apa pahala yang didapati daripada puasa sesaorang yang tidak menjaga mata,telinga,mulut dan hati, kecuali lapar dan dahaga sahaja.

“ Selamat Berpuasa dengan Mempertingkatkan Ibadah, Mengurangkan Juadah Malah Memperbanyakkan Sedekah “
Back to top Go down
e_z
s a r j a n
s a r j a n
e_z


Number of posts : 524
Age : 38
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyMon Sep 15, 2008 12:42 pm

GEMA RAMADHAN
Siri 2/2008

Hari ini, Ramadhan 1429 hijriah telahpun masuk hari yang kesembilan, Rasanya begitu pantas masa berlalu dan marilah bersama kita bermuhasabah diri mengenai hari hari ramadhan yang telah kita tinggalkan, Jika terasa berpuas hati dengan ibadah yang dilakukan, maka teruskan perjuangan anda, tetapi jika terasa masih kurang sempurna, maka masih ada ruang lagi untuk memperbaiki amalan diri. Satu dari falsafah yang besar yang terdapat dalam ibadah Puasa ialah mengajar umat Islam supaya percaya kepada diri sendiri. Dimana seorang yang berpuasa akan menahan segala runtunan hawa nafsunya semata mata kerana patuh dan taat kepada Allah SWT. Islam menghendaki setiap penganutnya supaya memelihara diri dari tersungkur kelembah dosa, maka apabila sesaorang itu berpuasa, lemahlah tenaga dzahir dan batinnya. Ini sudah tentu dapat menundukkan tabiat buasnya, menjadikan dia seorang yang terpelihara dari sebarang kerja dosa dan maksiat. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud “ Puasa itu pemeliharan, terpelihara dari dosa dan maksiat” Dan sabdanya lagi yang bermaksud “ Barang siapa yang berkeinginan untuk berkhawin tetapi tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa”, kerana dengan puasa itu dapat melenyapkan nafsunya.

Puasa juga dapat membiasakan diri menempuh sebarang kesusahan dan dugaan hidup dengan penuh kesabaran dan ketabahan hati , juga menanam perasaan insaf, bertimbangrasa kepada orang yang menderita sengsara. Puasa itu juga memberi contoh persamaan antara manusia, khasnya umat Islam dan menghapuskan perasaan hidup berkasta. Yangmana mereka menunaikan puasa pada waktu yang sama dan berbuka juga dalam waktu yang sama. Tidak kira, raja atau rakyat biasa, kaya ataupun papa kedana. Juga mengajar supaya manusia berperaturan dalam hidup. Ajaran ini terdapat dalam masa berbuka puasa, dimana tidak mendahului oleh sesaorang dengan yang lain.

Jika ditinjau dari segi kesihatan pula, maka puasa tidak kurang faedahnya kepada manusia. Perut manusia merupakan jentera yang sentiasa bergerak dengan tidak berhenti henti. Sebab itulah perlu diberi kesempatan untuk berehat dengan jalan berpuasa. Ringan badan itu memudahkan kita bergerak untuk mengerjakan sebanyak mungkin ibadah pada bulan mulia ini berbanding jika perut terlalu kenyang menyebabkan malas dan segan menguasi diri untuk melakukan sebarang amalan.

Oleh itu biar badan nampak susut kerana mengerjakan amalan berpuasa tetapi pahala tinggi membusut kerana amalan hebat yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
Back to top Go down
e_z
s a r j a n
s a r j a n
e_z


Number of posts : 524
Age : 38
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyMon Sep 15, 2008 12:46 pm

GEMA RAMADHAN SIRI 3/2008

HURAIAN SOLAT WITIR

Witir itu maknanya ganjil, yakni tidak genap bilangan rakaatnnya. Solat witir ini boleh dilakukan secara bersaorangan atau berjemaah. Solat witir adalah solat sunat Muakkadah yang dianjurkan dan digalakkan sangat oleh Rasulullah SAW, seperti keterangan hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya solat witir itu bukanlah wajib sepertimana solat-solat yang difardukan. Hanya Rasulullah SAW setelah mendirikan solat witir, pernah bersabda “ Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa ) dan suka sekali kepada yang witir. ………………… ( HR. Ahmad)

Mengikut fahaman hadis diatas, bahawa solat witir itu mengandungi beberapa keutamaan, umpamanya:

• Solat witir itu lebih afdhal daripada solat-solat sunat rawatib yang lain.
• Para malaikat turut menyaksi diatas kesungguhan amalannya.

Waktu Solat Witir

Ulamak bersepakat bahawa waktu solat sunat witir itu ialah selepas solat Isyak hingga sampai fajar. Ini berdasarkan keterangan hadis riwayat daripada Abu Tamin Al-Jaisyani yang antara maksudnya:

Rasulullah bersabda : “ Sesungguhnya Allah memberikan tambahan kepadamu suatu solat, iaitu solat witir. Maka kerjakanlah solat itu antara solat Isyak dan hingga ke solat fajar “

Disegerakan Atau Mentakhirkan Solat Witir

Disunatkan pula untuk tidak melengah-lengahkan malah disegerakan solat witir itu pada permulaan malam bagi sesaorang yang takutkan kalau-kalau ia tidak dapat bangun pada akhir malam, Tetapi bagi seseoarang yang merasa sanggup dan dapat bangun pada akhir malam , maka mengtaakhirnya itulah yang lebih afdhal. Keterangan hujah diatas adalah terkandung didalam sebuah hadis riwayat Ahmad, Muslim, Tarmizi dan Ibu Majah.

Rasulullah berwasiat kepada sebahagian sahabat beliau, agar jangan tidur dahulu melainkan selepas mendirikan solat witir. Hal ini tentunya untuk sikap berhati-hati bagi seseorang yang bimbangkan atau merasa tidak boleh bangun pada akhir malam.

Bilangan Rakaat Solat Witir.

Mengikut pandangan ulamak fikah, terdapat tiga (3) cara solat witir itu dikerjakan. Ketiga-tiga cara ini diambil dari catatan hadis-hadis yang sohih. Terpulang kepada individu, mana satu yang lebih kita yakini dan fahami untuk melakukannya. Cara yang dimaksudkan, iaitu:

1. Boleh dikerjakan setiap dua rakaat satu salam, kemudian diikuti dengan satu rakaat lagi dengan bertasyahud dan salam.
2. Boleh dilakukan kesemua itu dilakukan dengan cara keseluruhannya sekali dengan dua kali tasyahud dan satu kali salam. Maknanya seluruh rakaat (umpamanya : tiga, lima, tujuh sembilan mahupun sebelas rakaat) disambung sekaligus tanpa tasyahud melainkan pada rakaat sebelum akhir, dan seterusnya berdiri semula untuk melanjutkan lagi satu rakaat lagi.
3. Boleh dilakukan keseluruh rakaat itu ( umpamanya : tiga, lima, tujuh, sembilan atau pun sebelas rakaat) disambung sekali dengan hanya satu tasyahud dan salam pada rakaat yang terakhir.


Bacaan Dalam Solat Witir

Didalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud :

“ Rasulullah didalam solat witir membaca Surah Al-A’la pada rakaat pertama, Surah Al-Kafirun pada rakaat kedua, sedang dalam rakaat ketiga Baginda membaca Surah AL-Ikhlas serta dua surah Muawwadzah iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas.”

Tiada Dua Witir Pada Satu Malam

Bagi sesiapa yang telah mengerjakan witir penamat seumpama witer pada penutup solat tarawikh, kemudian terasa hendak mengerjakan solat sunat sunat yang lain, maka baginya bolehlah mendirikan semua solat-solat sunat yang hendak dikehendakninya, tetapi tidak pula mengulangi solat witir untuk kali keduanya pada malam yang sama. Hal ini merujuk kepada hadis riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Tarmizi yang bermaksud:

Saya mendengar Rasullullah SAW bersabda “ Tiada dua kali witir pada satu malam.”

Oleh itu, apabila seseorang telah mendirikan solat witir selepas solat Isyak, ataupun witer penamat pada solat Tarawikh, maka apabila kita bangun malam untuk mendirikan sebarang solat-solat sunat, witer yang dilakukan tadi tidak menjadi penghalang untuk kita melakukan solat sunat yang lain, Maknanya kita boleh mendirikan solat sunat seberapa banyak pada malam yang sama. Tetapi jangan mengulangi lagi atau mendirikan solat witir sekali lagi, kerana solat witer telah kita kerjakan pada penutup solat terawikh tadi. Kerana tiada dua (2) witer dikerjakan pada satu malam yang sama.

Kekeliruan Solat Witir

Terdapat pendapat yang mengelirukan dimana mengatakan bahawa sesudah solat witir itu, maka tidak boleh dilakukan lagi apa-apa sembahyang sunat. Atau bilamana hendak dilakukan juga solat sunat yang lain perlulah DIBUKA kembali dengan mengerjakan solat mutlak dan selepas mengerjakan solat sunat maka hendaklah DITUTUP kembali dengan sunat witir. Pendapat ini adalah laro’ samasekali dan tidak mempunyai bukti dari hadis yang sohih. Pendapat ini adalah sekadar pendapat yang tidak terdapat mana mana kitab yang muktabar. Kesilapan besar ialah menganggap bahawa witir itu adalah penutup segala-galanya. Dan lebih mengelirukan lagi, jika dibuat juga sebarang solat solat sunat maka solat yang dikerjakan itu adalah sia sia dan tidak berpahala langsung dari Allah SWT.

Nota : Tidak ada tutup dan buka dalam ibadah sembahyang.

Wallahualam.
Back to top Go down
Carlos Abento
M a r s h a l
M a r s h a l
Carlos Abento


Number of posts : 608
Age : 39
Location : bDr. Br. B@nGi
Registration date : 2008-07-18

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyMon Sep 15, 2008 2:08 pm

ada soalan ye...
kalo kita solat terawih..
contoh 8 rakaat pastu kt
tak buat solat witir...
mcm mane tu..
Back to top Go down
e_z
s a r j a n
s a r j a n
e_z


Number of posts : 524
Age : 38
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyMon Sep 15, 2008 4:20 pm

terima kasih en abento krn bertanya...

solat witir ni solat sunat muaakad (yg sgt dituntut).hukumnye same ngan solat terawih...bile solat sunat ni, tak buat pn takpe.tak berdosa.tp kedudukan solat tu bawah sedikt dr solat wajib.elok la buat wlupn 1 rakaat...
Back to top Go down
Carlos Abento
M a r s h a l
M a r s h a l
Carlos Abento


Number of posts : 608
Age : 39
Location : bDr. Br. B@nGi
Registration date : 2008-07-18

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyMon Sep 15, 2008 7:08 pm

aku pernah solat terawih
pastu tak buat witir
esoknya aku solat terawih lg
tak buat gak
boleh tak terangkan keadaan ini...
Back to top Go down
e_z
s a r j a n
s a r j a n
e_z


Number of posts : 524
Age : 38
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyTue Sep 16, 2008 12:01 am

tu maknenye ko ni mmg pemalas....
Back to top Go down
tricubix
M a r s h a l
M a r s h a l
tricubix


Number of posts : 790
Age : 38
Location : Over The Neptune!!
Registration date : 2008-07-18

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyTue Sep 16, 2008 12:10 am

hahahahahaha...kene sejibik...kuang..kuang..kuanggg... Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
Carlos Abento
M a r s h a l
M a r s h a l
Carlos Abento


Number of posts : 608
Age : 39
Location : bDr. Br. B@nGi
Registration date : 2008-07-18

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyTue Sep 16, 2008 1:31 am

hihihihihi....tepat tu...
tp kira takde ape la kan...kan.. Cool
Back to top Go down
e_z
s a r j a n
s a r j a n
e_z


Number of posts : 524
Age : 38
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyTue Sep 16, 2008 8:10 pm

mmg takde la kalo ko mmg dh tak bt...
Back to top Go down
e_z
s a r j a n
s a r j a n
e_z


Number of posts : 524
Age : 38
Location : Dah Fulltime di Kuantan
Registration date : 2008-07-19

GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) EmptyTue Sep 23, 2008 10:46 am

GEMA RAMADHAN – SIRI 4/2008
“ TIPUAN SYAITAN “

Alhamdulilah hari ini adalah hari yang ke duapuluh dua (22) kita berpuasa, Bermakna ada lapan (Cool hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1429h. Disana sini kedengaran suasana Hariraya Aidil fitri itu sudah mula terasa dan semakin tiba, bunyi dentuman mercun dan alunan lagu lagu raya telah mulai berkumandang di radio malah di TV juga telah menyelitkan beberapa babak rancangan rancangan hiburan yang akan ditayangkan pada hari pertama, kedua dan hariraya ketiga. Pendek kata semua pihak telah bersedia benar untuk menyambut hariraya Aidilfitri pada tahun ini..

Masjid dan surau juga sudah nampak berbedza. Para pengunjung mulai lengang dan saf saf yang dulunya dibelakang telah mula maju kehadapan lantaran tiada jemaah lagi yang bersembahyang terawikh dibelakang. Hanya kedapatan jemaah tua yang sudah dimamah usia yang masih bertahan bersujud dan rukuq berterawikh. Kebanyakan para jemaah sudah mulai mengunjungi pasaraya dan gedung perniagaan bagi membeli keperluan pakaian dan peralatan untuk berhari raya. Kita melihat lori lori kecil berselisih sakan antara satu sama lain menghantar sofa, permaidani, TV, peti ais dan meja makan yang kesemuanya dibeli baru demi menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Inilah penangan Hari Raya Aidilfitri. Cuba bayangkan apabila lapan (Cool hari sebelum kita menyambut Ramadhan tiba, kita tidak begitu gembira dan riang seperti ini, malah kita kecut dan sughul menghadapi keadaan tidak makan dan minum pada siang hari, dan terpaksa pula menjaga kesopanan diri demi Ramadhan, tetapi apabila lapan (Cool hari lagi untuk menyambutnya hari raya, maka keriangan pada wajah kita dan cara menyambutnya adalah luar biasa.

Inilah kesilapan besar orang kita, yang sangat suka akan perkara yang boleh mengembirakan hati dan mencetus hilai ketawa. Kita lupa bahawa bukan cara sebegini Islam mengajar dan menghayati hari hari terakhir Ramadhan atau menyambut Hariraya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Sebuah hadis Rasulullah SAW riwayat Ibnu Umar yang bermaksud “ Sesiapa yang ingin mencari Lailatulqadar hendaklah pada malam kedua puluh tujuh (27)” dan dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Muslim yang bermaksud “ Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam akhir Ramadhan”.

Jelas Lailaitulqadar itu hanya berlaku pada satu malam sahaja dari Ramadhan, dia ia adalh sebagai suatu perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-berebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadhan al-Mubarak ini. Ianya merupakan ujian bagi kita mengapa Allah menyembunyikan Lailatulqadar itu dari pengetahuan kita. Wassalam.
Back to top Go down
Sponsored content





GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty
PostSubject: Re: GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)   GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008) Empty

Back to top Go down
 
GEMA RAMADAHAN (SIRI 1/2008)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» MP3 | Hujan - 2008
» Kemaskini Forum| 27.11.2008
» Banjir October 2008
» Ucapan | Aidilfitri 1429H, 2008
» RANtAi ART EVENT 12/13/14 December 2008

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
ex-CIAST :: Umum :: Tazkirah-
Jump to: